Saturday, January 28, 2006

Err..you decide now

Sharing;

KAHWIN TAK JADI: MAK PENGANTIN TUNTUT GANTI RUGI $130,000

KAD undangan telah dicetak, mak andam dan tukang masak telah ditempah. Malah, tarikh nikah pun telah ditetapkan.

Tetapi tiga minggu sebelum majlis walimatul urus dilangsungkan, bakal pengantin lelaki batalkan perkahwinannya.

Ekoran daripada itu, mak pengantin membatalkan majlis perkahwinan ketiga-tiga anak perempuannya serentak yang sepatutnya dilangsungkan pada 18 Disember 2004.

Ibu pengantin, Cik Rahiman Begam Maideen, yang mendakwa mengalami kerugian besar dan menanggung malu, tidak berdiam diri.

Beliau menuntut ganti rugi lebih $130,000 daripada Encik Nasharudin Munir Ahmad kerana membatalkan niat menjadi raja sehari dengan anak bongsunya, Cik Norazlyn Ismail.

Dalam afidavit kes yang didengar di Mahkamah Rendah Rabu lalu, Cik Rahiman, yang diwakili peguam, Encik Ravendra Krishnasamy, berkata Encik Nasharudin, 27 tahun, telah melamar anaknya, Norazlyn, 21 tahun, pada November 2004 dan menyarankan agar majlis perkahwinan dipercepat.

Beliau kemudian menempah kad undangan dan pakej perkahwinan daripada Lagun Sari Indonesia Seafood Restaurant bagi majlis yang juga melibatkan dua lagi anak perempuannya di Kelab Masyarakat Ulu Pandan.

Menyusuli itu, Encik Nasharudin, seorang askar berpangkat sarjan kedua, dan Cik Norazlyn, mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) pada 20 November tahun itu.

Tetapi, pada 28 November, Encik Nasharudin menyatakan hasrat membatalkan perkahwinan menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Cik Norazlyn.

Dalam afidavitnya, Cik Rahiman berkata: 'Disebabkan defendan memungkiri janji untuk bernikah, saya tidak punya pilihan tetapi membatalkan juga perkahwinan anak kedua dan ketiga saya kerana pakej perkahwinan yang telah ditempah adalah untuk tiga perkahwinan dan saya tidak dapat meneruskannya tanpa pasangan ketiga!'

Encik Nasharudin, yang diwakili peguam, Encik Mustafa Abu Bakar, dalam afidavitnya pula mendakwa beliau telah memaklumkan kepada Cik Norazlyn yang beliau memerlukan masa setahun untuk mengumpul wang, termasuk hantaran $10,000 kerana gajinya cuma $1,900 sebulan.

'Saya tak mampu buat majlis perkahwinan besar-besaran seperti yang diinginkan ibu plaintif,' tambah Encik Nasharudin.

Beliau hanya mahu majlis perkahwinan yang ringkas kerana telah terlanjur.

Perbicaraan disambung pada tarikh yang akan ditetapkan mahkamah kelak.

...so who's at fault now?

1 Comments:

Blogger kakicucuklangit said...

tu yang buat ramai orang kawin koboi tu...

mak pengantin tu semangat nak canang satu dunia ke kawin 3 anak perempuan dia serentak? tsk tsk tsk.

mana laa tidak mamat tu kecut.

Wed Feb 01, 01:50:00 PM  

Post a Comment

<< Home