Aduh (Saliha)...
Luar Negara
Komen DJ S'pura tentang Mawi cetus kontroversi
JOHOR BAHRU - Seorang juruhebah sebuah stesen radio Singapura mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi apabila beliau mempertikaikan kebolehan dan kemenangan juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu.
Tindakan tidak profesional juruhebah terbabit menggemparkan peminat penyanyi itu yang mendengar siaran stesen radio tersebut baru-baru ini.
Seorang pendengar, Cik Mas Ayu Jamil, 29 tahun, berkata beliau terkejut dan kesal dengan pendapat juruhebah terbabit selepas diminta memberi komen mengenai Mawi oleh rakan setugasnya yang akan bertukar waktu bertugas di konti stesen radio itu sekitar 11.30 malam, Isnin lalu.
'Saya tidak menyangka juruhebah itu berani mengeluarkan pendapat negatif mengenai Mawi secara terbuka ketika di udara. Tindakannya menjatuhkan imej Mawi sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pendengar,' katanya.
Bermula dengan gurauan antara juruhebah itu, pertikaian kemenangan Mawi turut menjadi bahan bualan termasuklah mengeluarkan kenyataan 'saya rasa Mawi bukan menyanyi tapi menjerit', selepas seorang juruhebah wanita mengatakan penyanyi berkenaan mempunyai suara lelaki Melayu yang berpotensi.
Selain itu, bakat serta penampilan Mawi turut dijadikan perbandingan dengan penyanyi di Singapura kononnya kebolehan Mawi tidak setanding dengan kebolehan seorang penyanyi yang sedang mengukir nama di negara itu. - Harian Metro.
--------------------------------------------------------------------------------
Sampai ke sini dah demam 'Mawi World', heh.
2 Comments:
dgn izin , saya sokong penuh juruhebah yg kat johor tu. he he he. mawi gempaq sebab melayu kena tipu dgn maxis perhabihkan duit sms....
huahuahuahua...panas panasss...:P
Post a Comment
<< Home