Thursday, September 07, 2006

Kawan & Gula-gula

Sesuatu untuk kita fikir2kan.

**********

Kawan kata...

Perempuan tu ibarat gula-gula. Atau bahasa inggerisnya, sweet. Kan? Ke aku silap ye? =D

Dia suruh aku bayangkan, kedua belah tangannya menggenggam sebiji gula-gula tiap satu genggaman. Andaikanlah gula-gula fox yang berwarna-warni tu. Sekarang nie gula-gula tu berbalut, kemas je. Maklumlah, baru je beli.

Gula-gula yang terdapat pada tangan kiri, di buka plastiknya. Sekarang gula-gula tersebut tidak berbaju seperti gula-gula di sebelah tangan kanan. Kedua-duanya adalah gula-gula yang sama, bezanya satu berbaju dan satu tidak lagi berbaju.

Kemudian, kedua-duanya di letakkan ke atas pasir. Andai kata kawan meminta sahabatnya membuat pilihan gula-gula yang menjadi pilihan untuk di makan, agak-agak gula-gula mana yang akan sahabat tersebut pilih untuk di makan? Sudah tentulah yang berbalut tadi.

Begitulah ibaratnya jika kita tidak memakai tudung. Kita seperti insan yang sudah kotor, debu-debu dosa dari tayangan rambut kita kepada orang lelaki. Begitu juga dengan keistimewaan kita sudah terlihat dek mata-mata manusia di luar sana. Lelaki yang bijak tidak akan memilih wanita yang tidak bertudung sebagai teman hidupnya. Atas pelbagai asbab yang Islam pernah ajarkan. Perempuan (isteri-isteri) itu bisa menarik lelaki-lelaki (suami-suami) masuk ke neraka, oleh sebab itu lelaki perlu berhati-hati dalam pemilihan. Rasulullah pernah bersabda bahawasanya, ada 4 perkara yang perlu di lihat ketika mengahwini seseorang iaitu hartanya, keturunannya, rupanya dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya terlebih dahulu nescaya terhindarlah diri kita dari azab neraka (tidak kira lelaki atau perempuan).

Kawan sambung...

Apabila sahabat kawan tersebut dah makan gula-gula tersebut, dia rasa kurang enak, tak sedap dan bermacam-macam perasaan lagi. Jadi dia ludah balik gula-gula tersebut. Cuba dia berikan pada orang lain di luar sana, adakah mereka akan makan gula-gula tersebut? Belum tentu ada yang nak, walaupun masih boleh di bersihkan dengan air mutlak di luar sana.

Perempuan itu seperti gula-gula, sangat cantik, tak boleh menahan nafsu bentuk gula-gulanya yang menawan. Tetapi, dalamnya belum tentu memuaskan hati orang yang makan. Kadang-kadang gula-gula tu rasa sedap masa awal-awal saja, dah lama-lama jadi payau pula rasanya. Jadi setiap orang mempunyai rasa yang berbeza mengenai gula-gula tersebut. Begitulah juga perempuan, awal-awal nampak saja manis di mata lelaki, tetapi makin lama menjemukan, tak best dan sebagainya.

Dalam bahasa lain, perempuan-perempuan yang sudah di 'tebuk' bagaikan gula-gula yang sudah di hisap kemudian di luahkan balik kerana sebab-sebab tertentu. Tidak semua lelaki sudi menerima perempuan yang sudah di 'tebuk' dengan alasan tidak mahu terkena penyakit yang mungkin akan membawa kepada kemudaratan di masa akan datang. Namun, tidaklah bermakna mereka hina-dina sampai tidak boleh langsung di terima, andai gula-gula tersebut di basuh dan di cuci semula, barangkali perempuan itu sudah bertaubat dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama di hari mendatang. Makanya, adalah salah jika kita terus-menerus menghukumnya dosa dan di benci saja. Ini berbalik kepada lelaki yang mempunyai taste yang berbeza dengan lelaki yang dah meludahkan gula-gula tersebut kerana perasa yang tidak kena.

Kawan tambah lagi...

Pentingnya di sini kita dapat lihat 'gula-gula' yang di tutup kemas tadi masih di pandang enak dan menjadi pilihan ramai lelaki. Cumanya, jika mahukan yang benar-benar tertutup kemas dari segala sudutnya, perbaikilah diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari gula-gula tersebut. Sesungguhnya, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.


**********

Source: Telah di cilok dari sini setelah meninggalkan message meminta keizinan =)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home