Sunday, August 27, 2006

Cinta Iqbal & June


"walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..."


'Dewa Cintaku' - Novel Cinta Muzikal Pertama Malaysia.

Iqbal dan June. Cinta mereka melalui berbagai dugaan dan rintangan. Hingga mereka hampir berputus asa dan hanya menyerah kepada takdir. Mereka fikir cinta bukan milik mereka.

Iqbal dan June. Adalah dua insan. Yang miliki sejarah hidup yang suram; akibat dari keluarga yang berpecah belah. Mereka menjadi mangsa.

Iqbal, lelaki yang tak mudah dan bertekad untuk tak mahu jatuh cinta selagi tidak menemui keluarganya. Di datangi oleh Selena, Lynn. Tapi matanya terpaut hanya pada June.

June, wanita yang berpewarakan kasar. Yang berjiwa tegar akibat kesengsaraan dan kekecewaan dari masa lampaunya.

Mereka bertemu. Bercinta. Dan...

Heh. Yang selebihnya, kena baca sendiri lah ek.

Iqbal adalah Rosyam Noor. June? Baca dan lihat siapa yang terlintas di kepala otak tu. Heh. Dalam kepala otak aku lak, cuma ada Rita Rudiani je yang terlintas. Huhu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home