Saturday, August 19, 2006

Cerita Kawin I

Sharing; untuk sesiapa yang dah berkahwin, akan berkahwin atau yang akan berkahwin lagi, ihiks..

PERUBAHAN SELEPAS BERUMAHTANGGA
Hadapi dengan lapang

Bila anda memasuki fasa awal perkahwinan ataupun bakal melangsungkan nya,bersedialah menghadapi perubahan-perubahan ini dan sedaya upaya belajar menyesuaikan diri supaya hubungan cinta selepas kahwin akan berkekalan.

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Umumnya yang baru berumahtangga harus banyak menabung untuk membiayai keperluan rumahtangga. Keadaan ini berbeza ketika bujang kerna pendapatan hanya ditujukan untuk diri sendiri.

PERUBAHAN TEMAN-TEMAN

Perkahwinan membuatkan seseorang memiliki peluang mendapat teman baru atau bertemu jiran baru ataupun tambahan teman daripada pasangan. Pada masa yang sama ia juga akan membuatkan seseorang akan kehilangan teman. Perubahan status diri akan membuat seseorang cenderung mencari teman yang mempunyai status yang sama untuk berkongsi perasaan.

PERUBAHAN PANDANGAN

Selapas berkahwin seseorang itu melihat dunia ini lebih realistic. Jika dulu inginkan pasangan yang bersemangat dan berpenampilan tapi setiap masa,setelah mendirikan rumaahtangga keadaannya berbeza. Anda tidak akan menuntut hal yg sama dan tidak kisah melihat pasangana berpenampilan biasa-biasa asalkan tahu hatinya senang.

PERUBAHAN PERIBADI

Sebelum berumahtangga setiap orang akan sedaya upaya menunjukkan peribadi atau sikap yang terbaik,tetapi setelah sebumbung bersedialah menghadapi perkara-perkara buruk daripadanya.

PERUBAHAN PENAMPILAN

Sebelum bernikah pasangan anda selalu dilihat rapi,wangi,cantik dan sedap mata memandang, bersiaplah untuk melihat pemandangan sebaliknya. Jangan kecewa melihat nya dalam keadaan tidak sempurna kerana tiada dandanan atau solekan yang dapat bertahan 24jam. Itu belum lagi di saat-saat dia dilanda masalah atau sakit…

PERUBAHAN SETELAH HADIRNYA ANAK

Semua perubahan yang disebutkan tadi akan berulang kembali atau bertambah selepas kehadiran di kecil. Kehadiran cahaya mata membawa perubahan yang sangat besar dalam suatu perkahwinan. Janganlah mengelakkannya kerana segala perubahan atau penambahan tanggungjawap ketika lahirnya anak akan terbayar dengan kebahagiaan yang anda dan pasangan rasakan.


***********


10 Perkara Yang Memeranjatkan Dalam Perkahwinan:

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segiemosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."
Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS
yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yangterpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut
masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi.
Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj
manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing
ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun
ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati
kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan
marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
Sanggupkah anda?


**********

Source: Telah di cilok setelah meminta izin dari sini.TQ Kak Jie! :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home