Monday, August 14, 2006

Warkah

5hb Ogos. Dah tiba dan pergi. Tahniah, selamat pengantin baru!

5hb Ogos. Dah seminggu berlalu. Awak pun dah mulakan satu lembaran baru dalam hidup awak. Dan saya juga sepatutnya begitu. Tapi, kenapa saya masih lagi di sini. Mengenggam semua yang tertinggal dahulu. Ketika saya meninggalkan awak. Setelah cuba bertahan hampir 3 tahun.

Saya di sini bukan kerana rasa kasih yang masih bersisa untuk awak. Tidak, jauh sekali saya hendak berperasaan begitu. Lagipun siapalah awak. Seperti apa yang dilemparkan pada Amira Zulfa dalam Slot Cerekarama TV3 2 hari lepas - 'Awak ni memang tak layak untuk di sayangi.' Macamtu juga dengan diri awak, heh.

Mungkin saya masih di sini sebab apa yang masih terpendam jauh di suduh hati saya. Sebab apa yang dah terjadi selama 3 tahun saya bersama awak. Saya seolah-olah di tipu dengan rasa sayang awak. Yang mungkin tak pernah wujud untuk saya. Lepas satu, satu pembohongan awak cipta. Kononnya, awak nak jaga hati saya. Jaga hati saya ke? Hmm...

Dan sepanjang 3 tahun itulah juga, saya dah korbankan hampir seluruh jiwa raga saya. Kepercayaan hidup saya. Prinsip hidup saya. Semuanya rebah dek cintakan awak. Ya, saya tak patut salahkan sesiapa sebab itu kelemahan saya. Kelemahan saya kerana cintakan awak.

Akhirnya, saya terkorban. Dan selepas itu, saya melalui detik yang paling hitam dalam hidup saya. Seorang diri. Ke mana awak? Awak menggugut untuk meninggalkan saya. Sekali lagi saya rapuh. Kerana cinta kan awak.

Bodoh ke saya ni? Setelah hampir 3 tahun, saya sudah penat bertarung. Bertarung untuk merebut cinta yang memang dari awal lagi bukan milik saya. Saya mengambil keputusan meninggalkan awak. Dan itulah saat paling bahagia dalam hidup saya.

Tapi kenapa saya masih di sini? Sebabnya, saya tak pernah dapat terima apa yang telah berlaku antara kita. Saya tak pernah bersalah. Jauh sekali menduakan cinta awak. Tapi kenapa ini yang saya terima? Setelah begini jauh, saya menuruti diri awak. Kenapa awak mengheret saya ke dalam konflik diri awak yang mungkin pada masa tu kecewa dengan bekas kekasih awak. Tapi kenapa saya yang di jadikkan tempat persinggahan..?

Awak pernah tanya pada saya, bolehkah saya memaafkan awak. Sehingga sekarang, saya belum mampu lagi. Mungkin satu hari nanti. Atau mungkin tidak sampai bila-bila.

Walaupun lebih banyak kenangan pahit ketika kita bersama, tapi ada juga kenangan manis. Sewaktu bowling session kita di Midvalley, Sunway. Ketika saya berada di KL selama seminggu. Itulah saat paling manis. Tapi itulah juga saat yang merubah segalanya.

Cukuplah. Sampai di sini sahaja. Saya takkan mendoakkan kesusahan maupun kesejahteraan awak. Kita sekarang berada di dua landasan yang berbeza. Di dua bahtera yang berlainan. Pandai-pandailah kita mengemudikannya agar tiba di sebelah sana dengan selamat.

Sebelum saya mengakhiri warkah ini, satu lagi pesan saya. Awak tak perlulah cuba-cuba untuk contact saya lagi. Baik di Friendster, Yahoo! atau di mana emel sekali pun. Kerana saya sudah selesai. Tiada apa lagi yang perlu di perkatakan. Dan saya tidak ada niat untuk berkawan sekali pun.

Tahniah sekali lagi.


Wasalam...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home