Monday, June 05, 2006

Lucky.

He sure is!

**********

BUKAN sekali tetapi tiga kali.

Itulah bilangan undangan yang diterima Encik Abdul Aziz Abu Talib, 56 tahun, untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia secara percuma.

Esok, beliau akan berangkat ke Jerman dan menghabiskan kira-kira enam minggu menyaksikan semua perlawanan - daripada acara pembukaan Jumaat ini sehinggalah pertandingan akhir pada 9 Julai.

Semua tiket itu diberi seorang pegawai bola sepak Arab Saudi, Encik Abdullah Al-Jabal, yang dikenalinya sejak 1970-an.

Encik Abdullah merupakan anggota kehormat Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan juga Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF).

Tiket khas Fifa itu turut diberikan kepada dua anak Encik Abdul Aziz - Abdullah, 19 tahun, dan Faisal, 17 tahun.

Encik Abdullah, anggota Perkhidmatan Negara, dan Faisal, penuntut sebuah kolej di London, akan menemui bapa mereka di Jerman selepas menyelesaikan urusan masing-masing.

Encik Abdul Aziz, pemilik kilang percetakan di Johor, sebelum ini pernah menerima tajaan serupa oleh SAFF untuk menyaksikan Piala Dunia di Perancis dalam 1998 dan Jepun-Korea dalam 2002.

Beliau memberitahu Berita Harian, persahabatannya dengan Encik Abdullah terjalin sewaktu Encik Abdullah me ngiringi pasukan bola sepak Saudi ke Singapura bagi Piala Lion City pada 1979.

'Ketika itu saya berkhidmat sebagai pegawai perhubungan dalam Jawatankuasa Antarabangsa dan Acara Khas, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

'Saya bantu mengatur segala keperluan logistik mereka. Sejak itu, setiap kali pasukan itu datang ke Singapura, saya menjadi orang hubungan mereka,' katanya.

Dihubungi dalam panggilan jauh semalam, Encik Abdullah, 53 tahun, yang kini di Jerman untuk membuat persiapan bagi pasukan Arab Saudi, berkata:

'Aziz memang seorang teman rapat dan setia yang telah banyak membantu pasukan Arab Saudi. Jadi saya langsung tidak keberatan memberinya tiket-tiket itu, yang diberikan kepada saya oleh Fifa.'

Selain tiket, yang dianggarkan bernilai antara 200 dengan 600 euro ($400 hingga $1,200) setiap satu, kos pengangkutan darat dan penginapan di hotel lima bintang Hilton Frankfurt turut ditaja.

Encik Abdul Aziz hanya membayar kos tiket penerbangan sebanyak $4,500 untuk tiga orang.

'Saya anggap diri saya amat beruntung. Saya akan berasa lebih gembira jika pasukan yang saya minati, Brazil, menang Piala Dunia!' ujarnya.

**********

Everything paid for. Some people are just so lucky, heh.



Source: Berita Harian

3 Comments:

Blogger hyelbaine said...

uugghhh...you're not the only one that's envious :P

Cheers!!! :D

Mon Jun 05, 03:02:00 PM  
Anonymous Anonymous said...

Iskkkk...patut kita masuk dalam beg Encik Abdul Aziz dan anak2 dia ni! LoL.

Mon Jun 05, 08:59:00 PM  
Blogger kiezamy said...

baine & bayah: jeles gaban kan? tsk3x..:D

Mon Jun 05, 11:13:00 PM  

Post a Comment

<< Home