Friday, June 02, 2006

Jumaat

Dari pagi tadi, memang hati aku rasa tak best. Cuba ok kan jugak. Cuba pujuk hati, apa yang aku buat ni betul. Tak apa lah kalau susah-susah sikit sekarang.

Tapi bila makin cepat waktu tu berlalu, perasaan aku bertambah tak suka. Jengkel rasanya. Cari macam-macam alasan dalam diri sendiri. Cuma timbangkan buruk dan baiknya. Tapi lebih pada cari silap keputusan yang di buat sejak beberapa hari lalu. Makin nampak kekurangannya.

Call mak. Cakap dengan mak. Memang rasa lagi tepat lah apa yang rasanya nak buat sekarang ni. Pilihan aku beberapa hari lalu memang tak tepat.

Surf internet. Cari alternatif. Tanya kawan sorang tu. Hantar emel sana, sini. Rasa-rasanya boleh dapat yang lebih berbaloi dari sekarang kot. Insyallah.

Rasa-rasanya dah boleh fikir yang mana patut di buat. Baru rasa lega hati ni. Baru rasa senang sikit nak bernafas.

Mungkin memang betul apa yang aku rasa aku nak buat sekarang ni.

Alhamdulillah.


**********

Salah ke kalau buat macamtu? Sebab aku ada prinsip dan undang-undang aku sendiri. Walaupun mungkin tak menyenangkan satu pihak, tapi mungkin akan lebih memporak-peranda kan banyak pihak kalau fikir nak buat ikut kepala sendiri je. Salah ke kalau tak buat seperti yang orang lain nak kita buat. Sedangkan kita ada alasan dan sebab tersendiri. Yang dah pun bagitau. Kalau tak faham juga, tak taulah.

Rasa serba salah. I can't be anyone else. That's me. Memanglah nampak macam bodoh, macam lemah. Tapi..ntah, tak boleh nak paksa diri lagi. Dah sampai the line where i should limit myself already. That's so much that someone can do. Kan?

Rasa tak adil plak bila kena paksa2 macamnie. Cuba saya paksa awak, suka ke? Hmm...

Itu saya. Dan untuk masa sekarang; esok, lusa, bulan depan atau pun tahun depan belum tentu saya boleh berubah. Atau pun saya tak akan ubah sampai bila2. Macam ketagih rokok lah. Boleh berhenti ke kalau suruh jam2 tu jugak berhenti? Samalah kan?

Sedihlah bila orang tak faham. Tak tau apa motif buat camtu. Tak apalah kot, biar orang nak marah. Dia tak faham. Dia tak faham apa yang cuba aku buat. Aku ada tanggungjawab. Dan prinsip aku; kalau nak buat salah apa2 pun jangan sampai libatkan orang tua. Diaorang tanggungjawab aku. Buruk baik, diaorang tetap mak bapak aku.

Kau tak faham. Dan tak mungkin faham.

Inilah aku. Yang sebenarnya.

Yang 'tak boleh di harap', dia kata. *sigh*


**********

0 Comments:

Post a Comment

<< Home