The Hardest Word
Sharing;
******************
Like the quote here:
It's always easier to forgive. But forget? It's a different story altogether. And some, never let you move on. Even it had been such a long time since you did your bad deeds, but time never let you forget. They never forget too.
It will always be there, reminding you. So what choice do you have; then to live with it for the rest of your life...?
53. Maaf
Tahu tak siapa Wahsyi?
Wahsyi ialah seorang tentera musyrikin yang berjaya merejam lembing sekali gus membunuh panglima agung islam, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib,bapa saudara Rasulullah S.A.W yang juga di kenali sebagai Singa Allah ketika Perang Uhud. Kemudian jasad Saidina Hamzah dilapah oleh seorang wanita bernama Hindun yang amat membencinya.
Rasulullah S.A.W amat berdukacita melihat kematian bapa saudaranya yang dibunuh sebegitu kejam. Jantung dan hati dilapah. Lidah di potong dan mata dikorek. Rasulullah S.A.W menitiskan airmata. Kalau tak kerana Wahsyi barangkali Saidina Hamzah tidak dibunuh.
Beberapa tahun kemudian, cahaya islam menyuluh Wahsyi. Dia menganut islam dan apa yang penting baginya memohon keampunan dari baginda Rasulullah S.A.W sendiri.
Rasulullah S.A.W memaafkan Wahsyi tapi baginda S.A.W menyuruh Wahsyi agar menjauhkan diri dari baginda S.A.W. Ini adalah kerana setiap kali menatap muka Wahsyi baginda S.A.W akan menangis terkenangkan bapa saudaranya itu.
Wahsyi menanggung beban tidak di pandang Rasulullah S.A.W sepanjang hayatnya.
________________
Memaafkan seseorang memang mudah. Hanya dengan kata-kata...
Tetapi luka kerana sebuah kemaafan itu sampai bila pun apakah mampu dihilangkan? Barangkali tidak...
Sebabnya kita adalah manusia biasa...
Sebelum melakukan kesalahan kita tak pernah memikirkan apa kesan kepada penerimanya. Kita mementingkan diri...
Kita akan menangis memohon ampun kepada seseorang tapi sebelum ini apakah kita pernah mahu menangis tentang apa yang mahu kita buat...Ya, sikit pun tak pernah...
Air mata mampu mencairkan sesiapa sahaja tetapi luka dan sakit barangkali sampai mati pun tak mampu di cairkan...
- 'Jiwa Kacau',Kelambu
******************
Like the quote here:
The stupid neither forgive nor forget; the naive forgive and forget; the wise forgive but do not forget. Thomas Szasz, The Second Sin (1973) “Personal Conduct”
It's always easier to forgive. But forget? It's a different story altogether. And some, never let you move on. Even it had been such a long time since you did your bad deeds, but time never let you forget. They never forget too.
It will always be there, reminding you. So what choice do you have; then to live with it for the rest of your life...?
0 Comments:
Post a Comment
<< Home