Monday, May 15, 2006

PadaMu...

Aku berserah padaMu. Apa jua dugaan yang datang pada ku, pada kami; merupakan dugaan dariMu. Menguji kami sebagai hambaMu.

Aku sedar aku mungkin bukan hambaMu yang terbaik. Namun aku yakin dan percaya, apa jua dugaan yang Kau berikan pada kami punya jalan penyelesaiannya. Yang akan lagi menguatkan keimanan kami padaMu.

Seperti sekarang, aku sekali lagi menemui jalan buntu. Namun aku masih tabah dan tenang. Kerana ku tau, aku punya Kamu untuk membimbing ku.


Ya Allah, aku berserah padaMu. Kau ringankanlah bebanan kami. Kau permudahkanlah urusan kami. Kau murahkanlah rezki kami. Kau lindungi lah kami.

Hanya padaMu aku memohon...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home