Thursday, August 31, 2006

Bukan Merdeka...

...aku ternampak kereta mereka di belakang ku. Bekas kekasihku, Ridwan dan ibunya. 'Eh, diaorang pun datang juga?' aku bertanya sendiri.

Sebaik kereta berhenti, aku pantas melangkah masuk ke rumah. Langkahku makin pantas ku atur ke arah dapur pabila aku terlihat Ridwan menuju ke arah ku.

Di dapur, terlihat nenek dan ibu saudara sibuk memasak. "Zamani ada telefon tak?" Punggung ku labuhkan di hadapan ibu saudaraku. Terlihat nenek ku mengukirkan senyuman ke arah ku. Terasa seperti mengusik diriku. "Ada, dekat sepuluh kali dah.."ibu saudara aku menjawab seketika kemudian. Tersenyum juga.

"Alamak, laki aku call sampai sepuluh kali.." Pantas aku berlari keluar dari dapur.

And i have to wake up at that very moment. Now i never know how it ended. Darnlah!


p/s: makin nak dekat hari nie, kenapa aku mimpi semua lelaki yang pernah ada dalam hidup aku ek..huhu..

Sunday, August 27, 2006

Cinta Lagi


sebisa mungkin tak akan pernah..sayangku akan hilang
(OST 'Heart')

Cinta Iqbal & June


"walau cinta tak pernah aku cuba,
tak pernah aku rasa,
aku mampu berikan segalanya,
cuma hanya...
jika kau bawa aku terbang bersama,
meneroka alam cintamu yang beku...
izinkan aku mencairkannya,
izinkan aku temanimu,
hingga ke akhir masa..."


'Dewa Cintaku' - Novel Cinta Muzikal Pertama Malaysia.

Iqbal dan June. Cinta mereka melalui berbagai dugaan dan rintangan. Hingga mereka hampir berputus asa dan hanya menyerah kepada takdir. Mereka fikir cinta bukan milik mereka.

Iqbal dan June. Adalah dua insan. Yang miliki sejarah hidup yang suram; akibat dari keluarga yang berpecah belah. Mereka menjadi mangsa.

Iqbal, lelaki yang tak mudah dan bertekad untuk tak mahu jatuh cinta selagi tidak menemui keluarganya. Di datangi oleh Selena, Lynn. Tapi matanya terpaut hanya pada June.

June, wanita yang berpewarakan kasar. Yang berjiwa tegar akibat kesengsaraan dan kekecewaan dari masa lampaunya.

Mereka bertemu. Bercinta. Dan...

Heh. Yang selebihnya, kena baca sendiri lah ek.

Iqbal adalah Rosyam Noor. June? Baca dan lihat siapa yang terlintas di kepala otak tu. Heh. Dalam kepala otak aku lak, cuma ada Rita Rudiani je yang terlintas. Huhu...

Wednesday, August 23, 2006

Cerita Kawin III - Love Quotes

"Marriage is not a ritual or an end. It is a long, intricate, intimate dance together and nothing matters more than your own sense of balance and your choice of partner." - Amy Bloom

"Keep your eyes wide open before marriage, and half shut afterwards." - Benjamin Franklin

"Love isn't blind; it just only sees what matters." - William Curry

"To handle yourself, use your head; to handle others, use your heart." - Donald Laird

"If I had a flower for every time I thought of you, I could walk in my garden forever." - Alfred Lord Tennyson

Saturday, August 19, 2006

Kick me...

when i'm down...heh

You and you included.



*sigh*

On The Dotted Line

I lose ...

self confidence

self-esteem

trust

friendship

belief

myself

...over it.

The price i had to pay. It's like signing my life away.

It feels like losing everything i've ever had. And believe in. What's left there for me to live for? I don't know.


*sigh*

Cerita Kawin II - Siti Situ Sana Sini

Tengok tv, ada Siti. Tengok internet, ada Siti. Tengok paper, ada Siti. D'oh, rimas weii..cepat-cepat kawin woo, get it over and done with!

**********

But this is certainly a scary news for Siti:

GAMBAR SITI DAN 'DATUK K' DITEMUI DALAM LIANG LAHAD KOTA TINGGI:
Penemuan tiga kain putih yang diikat berbentuk patung kecil dalam dua liang lahad kosong di tanah perkuburan Islam Kampung Makam, dekat sini, menjadi tanda tanya.

Ini memandangkan dua daripadanya mengandungi gambar penyanyi, Siti Nurhaliza, dan bakal suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa, atau dikenali sebagai 'Datuk K'.

Wakil Harian Metro yang menemubual petugas tanah perkuburan dan penduduk kampung, ditunjukkan barangan yang diisi dalam kain putih yang diikat lima seperti jenazah yang dikafan.

Penggali kubur, Encik Zainal Kamari, 28 tahun, berkata selepas solat maghrib Rabu lalu, beliau bersama rakan dan beberapa penduduk menyiapkan satu liang bagi pengebumian seorang mangsa kemalangan.

Ketika itu, terdapat lima liang lahad kosong digali sebagai persediaan awal.

'Ketika saya turun membersihkan lantai liang sedalam dua meter itu, saya ternampak dua kain putih sepanjang 13 sentimeter yang diikat lima seperti jenazah yang sudah dikafan.

'Saya hulurkan kepada pembuat kepuk nisan dan seorang pemuda yang selalu membantu kerja di kubur.

'Mereka membuka ikatan benang itu dan mendapati dalam setiap kain putih itu mengandungi gambar Siti Nurhaliza dan 'Datuk K' daripada keratan akhbar, tulisan wafak dan 39 bilah jarum,' katanya.

Encik Zainal berkata sebahagian jarum itu dicucukkan pada gambar Siti dan 'Datuk K'.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadut, menasihatkan pihak yang cuba menyihir bakal pengantin itu supaya segera bertaubat nasuha kerana perbuatan itu berdosa besar. - Harian Metro.

**********

Heh. Whatever it is, don't resort to thislah. Biarkanlah dia, it's her life. We got our own life to live for, right?


Source: Cyberita

Cerita Kawin I

Sharing; untuk sesiapa yang dah berkahwin, akan berkahwin atau yang akan berkahwin lagi, ihiks..

PERUBAHAN SELEPAS BERUMAHTANGGA
Hadapi dengan lapang

Bila anda memasuki fasa awal perkahwinan ataupun bakal melangsungkan nya,bersedialah menghadapi perubahan-perubahan ini dan sedaya upaya belajar menyesuaikan diri supaya hubungan cinta selepas kahwin akan berkekalan.

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Umumnya yang baru berumahtangga harus banyak menabung untuk membiayai keperluan rumahtangga. Keadaan ini berbeza ketika bujang kerna pendapatan hanya ditujukan untuk diri sendiri.

PERUBAHAN TEMAN-TEMAN

Perkahwinan membuatkan seseorang memiliki peluang mendapat teman baru atau bertemu jiran baru ataupun tambahan teman daripada pasangan. Pada masa yang sama ia juga akan membuatkan seseorang akan kehilangan teman. Perubahan status diri akan membuat seseorang cenderung mencari teman yang mempunyai status yang sama untuk berkongsi perasaan.

PERUBAHAN PANDANGAN

Selapas berkahwin seseorang itu melihat dunia ini lebih realistic. Jika dulu inginkan pasangan yang bersemangat dan berpenampilan tapi setiap masa,setelah mendirikan rumaahtangga keadaannya berbeza. Anda tidak akan menuntut hal yg sama dan tidak kisah melihat pasangana berpenampilan biasa-biasa asalkan tahu hatinya senang.

PERUBAHAN PERIBADI

Sebelum berumahtangga setiap orang akan sedaya upaya menunjukkan peribadi atau sikap yang terbaik,tetapi setelah sebumbung bersedialah menghadapi perkara-perkara buruk daripadanya.

PERUBAHAN PENAMPILAN

Sebelum bernikah pasangan anda selalu dilihat rapi,wangi,cantik dan sedap mata memandang, bersiaplah untuk melihat pemandangan sebaliknya. Jangan kecewa melihat nya dalam keadaan tidak sempurna kerana tiada dandanan atau solekan yang dapat bertahan 24jam. Itu belum lagi di saat-saat dia dilanda masalah atau sakit…

PERUBAHAN SETELAH HADIRNYA ANAK

Semua perubahan yang disebutkan tadi akan berulang kembali atau bertambah selepas kehadiran di kecil. Kehadiran cahaya mata membawa perubahan yang sangat besar dalam suatu perkahwinan. Janganlah mengelakkannya kerana segala perubahan atau penambahan tanggungjawap ketika lahirnya anak akan terbayar dengan kebahagiaan yang anda dan pasangan rasakan.


***********


10 Perkara Yang Memeranjatkan Dalam Perkahwinan:

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segiemosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."
Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat
meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik
sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain
dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar
bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS
yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yangterpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut
masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi.
Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj
manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing
ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun
ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur
dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya
melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati
kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan.Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan
mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan
memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan
marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.
Sanggupkah anda?


**********

Source: Telah di cilok setelah meminta izin dari sini.TQ Kak Jie! :)

Friday, August 18, 2006

Orang kata..

When you find that special someone, you blog less. Why? Maybe we just ran out of words? Or spending every waking hours with your other half seems a gazillion time better than updating your blog; detailing every bits and pieces of your (miserable) day? Or maybe we just lost interest cause we have found an interest in her/him instead?

But some people, they blog more. They got a million things to say. About their wonderful love life. About how so in love are they (which sometimes proved too much for me. When that happens, i just click the red X button, heh.)


And some people, when they got married they stopped blogging! Entirely. Cause their time is now dedicated to their husband/wife. And they need more time when they have their own kids. No time for blogging anymore.


Heh. What lah am i trying to say here? I'm soon to be a part of this community. Losing the fire to blog anymore. I don't want to stop. My blog is where i preserve my sanity (i'm not going crazy yet. No!) But i don't know. I just can't find things to blog about. Anymore. Yeah, yeah i'm in love. But that was like a decade ago..? So why now? Heh. You'll know the reason. Soon. In 3 months time, to be precise.

Hiks.

So let's see then. If this blog can still exists...

Pssst!

(,") Pssst! (.")


(.") Nak pe? (",)


(,") Sinilah! (".)


(.") (",) Apa dier?


("*(",) Saja nak cakap...'rindu kt awak'


********

Schweet, ihiks...

Monday, August 14, 2006

Here By Me

I hope you’re doing fine out there without me
‘Cause I’m not doing so good without you
The things I thought you’d never know about me
Were the things I guess you always understood

- Here By Me (3 Doors Down)


Warkah

5hb Ogos. Dah tiba dan pergi. Tahniah, selamat pengantin baru!

5hb Ogos. Dah seminggu berlalu. Awak pun dah mulakan satu lembaran baru dalam hidup awak. Dan saya juga sepatutnya begitu. Tapi, kenapa saya masih lagi di sini. Mengenggam semua yang tertinggal dahulu. Ketika saya meninggalkan awak. Setelah cuba bertahan hampir 3 tahun.

Saya di sini bukan kerana rasa kasih yang masih bersisa untuk awak. Tidak, jauh sekali saya hendak berperasaan begitu. Lagipun siapalah awak. Seperti apa yang dilemparkan pada Amira Zulfa dalam Slot Cerekarama TV3 2 hari lepas - 'Awak ni memang tak layak untuk di sayangi.' Macamtu juga dengan diri awak, heh.

Mungkin saya masih di sini sebab apa yang masih terpendam jauh di suduh hati saya. Sebab apa yang dah terjadi selama 3 tahun saya bersama awak. Saya seolah-olah di tipu dengan rasa sayang awak. Yang mungkin tak pernah wujud untuk saya. Lepas satu, satu pembohongan awak cipta. Kononnya, awak nak jaga hati saya. Jaga hati saya ke? Hmm...

Dan sepanjang 3 tahun itulah juga, saya dah korbankan hampir seluruh jiwa raga saya. Kepercayaan hidup saya. Prinsip hidup saya. Semuanya rebah dek cintakan awak. Ya, saya tak patut salahkan sesiapa sebab itu kelemahan saya. Kelemahan saya kerana cintakan awak.

Akhirnya, saya terkorban. Dan selepas itu, saya melalui detik yang paling hitam dalam hidup saya. Seorang diri. Ke mana awak? Awak menggugut untuk meninggalkan saya. Sekali lagi saya rapuh. Kerana cinta kan awak.

Bodoh ke saya ni? Setelah hampir 3 tahun, saya sudah penat bertarung. Bertarung untuk merebut cinta yang memang dari awal lagi bukan milik saya. Saya mengambil keputusan meninggalkan awak. Dan itulah saat paling bahagia dalam hidup saya.

Tapi kenapa saya masih di sini? Sebabnya, saya tak pernah dapat terima apa yang telah berlaku antara kita. Saya tak pernah bersalah. Jauh sekali menduakan cinta awak. Tapi kenapa ini yang saya terima? Setelah begini jauh, saya menuruti diri awak. Kenapa awak mengheret saya ke dalam konflik diri awak yang mungkin pada masa tu kecewa dengan bekas kekasih awak. Tapi kenapa saya yang di jadikkan tempat persinggahan..?

Awak pernah tanya pada saya, bolehkah saya memaafkan awak. Sehingga sekarang, saya belum mampu lagi. Mungkin satu hari nanti. Atau mungkin tidak sampai bila-bila.

Walaupun lebih banyak kenangan pahit ketika kita bersama, tapi ada juga kenangan manis. Sewaktu bowling session kita di Midvalley, Sunway. Ketika saya berada di KL selama seminggu. Itulah saat paling manis. Tapi itulah juga saat yang merubah segalanya.

Cukuplah. Sampai di sini sahaja. Saya takkan mendoakkan kesusahan maupun kesejahteraan awak. Kita sekarang berada di dua landasan yang berbeza. Di dua bahtera yang berlainan. Pandai-pandailah kita mengemudikannya agar tiba di sebelah sana dengan selamat.

Sebelum saya mengakhiri warkah ini, satu lagi pesan saya. Awak tak perlulah cuba-cuba untuk contact saya lagi. Baik di Friendster, Yahoo! atau di mana emel sekali pun. Kerana saya sudah selesai. Tiada apa lagi yang perlu di perkatakan. Dan saya tidak ada niat untuk berkawan sekali pun.

Tahniah sekali lagi.


Wasalam...

Wednesday, August 09, 2006

Jeritan Jiwa: Bebas

Tuesday, August 08, 2006

Jeritan Jiwa: Bebas